PENGENALAN

Pusat Sumber SMK Mutiara mula beroperasi pada tahun 2001. Pusat Sumber ini merupakan kesinambungan daripada sekolah yang lama iaitu SMK Membedai yang terletak di kawasan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Pusat Sumber di sekolah ini terdiri daripada unit-unit utamanya seperti Perpustakaan, Bilik Alat Pandang Dengar (APD), Bilik Akses Kendiri (SAL), Makmal Bahasa, Makmal Komputer dan Bilik Pusat Akses Media. Namun begitu secara keseluruhannya, keseluruhan kawasan sekolah yang memberikan maklumat dan pengetahuan kepada warga sekolah juga tergolong dalam sumber. Contohnya seperti Laluan Ilmu, Pondok bacaan , Galeri Seni, Sudut PPDA dan Sudut Akhbar.
Unit-unit Pusat Sumber kesemuanya terletak di aras tiga bangunan Begonia. Lokasi sumber-sumber yang lain terletak berdekatan dengan laluan utama warga SMK Mutiara.

VISI

• Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pemain peranan utama dalam projek dan program pembangunan, pemerkasaan dan kecemerlangan SMK Mutiara
• Meletakkan Pusat Sumber Sekolah SMK Mutiara sebagai Pusat Sumber yang terkenal dengan koleksi menarik dan komprehensif di Wilayah Persekutuan.

MISI

• Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai hub ilmu yang dilengkapi sumber media yang pelbagai serta memiliki koleksi pengetahuan dan maklumat yang luas, terkini lagi bervariasi dalam membentuk pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang.

MOTTO

Pusat Sumber Sekolah Pemangkin Kecemerlangan Warga

MATLAMAT PSS

• Meningkatkan mutu pendidikan dalam aspek penggunaan teknologi
• Menjana profesionalisme perguruan kea rah pembentukan guru celik ilmu, kreatif, inovatif serta efektif.
• Melahirkan pelajar yang berkemampuan lagi berketrampilan dalam persaingan menguasai ilmu yang berteraskan penggunaan teknologi maklumat secara teori dan praktikal
• Menjadikan warga SMK Mutiara sebagai masyarakat pencinta ilmu dan berbudaya membaca



OBJEKTIF PSS

• Menyediakan sumber rujukan yang lengkap dan menyeluruh bagi kemudahan guru dan pelajar.
• Menyediakan tempat untuk guru-guru menyampaikan maklumat dengan bantuan teknologi
• Meningkatkan profesionalisme dan kemahiran guru
• Mengumpul, menyimpan, dan mengedar pelbagai jenis maklumat bagi kegunaan kurikulum dan kokurikulum.
• Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran
• Mendapatkan alat bantuan mengajar untuk kegunaan guru dan pelajar

PERANAN PUSAT SUMBER:
pusat ilmu
pusat rujukan
pusat media
pusatpenghasilan bahan p&p
pusat aktiviti pelajar
pusat rekreasi
pusat jaya diri/self learning

WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin – Khamis ( 7.00 – 5.00 ptg)
Jumaat (7.00 – 11.30 pagi)
( 2.00 – 5.00 ptg)
Sabtu & Ahad (Cuti)


KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI PUSAT SUMBER

• Perpustakaan & Pusat Sumber
• Ruang Pengajaran & Pembelajaran
• Ruangan Bermesyuarat
• Bilik APD
• Makmal Komputer
• Makmal Bahasa
• Bilik SAL
• Pusat Akses
• Khidmat Laminasi

INFO PENYELARAS PSS




Guru Penyelaras Perpustakaan & Media (GPM) ialah Pn. Shamsiah Binti Ambo. Pn. Shamsiah dilantik sebagai GPM bermula Januari 2010. GPM bertanggungjawab menyelaraskan semua aktiviti yang berkaitan dengan PSS di sekolah ini. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan setakat ini ialah orientasi murid-murid baru, info buku semasa majlis perhimpunan rasmi, buletin PSS, Pelancaran NILAM, pameran buku sempena Minggu Bahasa Melayu dan Minggu PPDA, Minggu Pusat Sumber dan brosur PSS sempena Minggu Pusat Sumber.

PERPUSTAKAAN






Guru Perpustakaan ialah Pn. Noor Hasimah Binti Mohd Ayub. Beliau membantu GPM untuk mengendalikan perpustakaan dalam memberikan perkhidmatan yang efisien. Selain itu, guru perpustakaan juga menjadi setiausaha program NILAM

BILIK APD
Pn. Fatimah Ambo Takka pula bertanggungjawab menyelaraskan bilik Alat Pandang Dengar (APD). Dalam bilik ini terdapat kemudahan LCD, televisyen, dvd dan Kampus Astro. Bilik ini sering digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran terutamanya yang perlu menggunakan alatan yang ada di dalam bilik ini. Penggunaan LCD oleh guru-guru sangat aktif dalam proses p &p.

MAKMAL BAHASA


Bilik ini diselia oleh oleh Pn. Siti Zahara bt Mohamad bermula tahun 2010. Bilik ini memberikan khidmat LCD, buku-buku berkaitan dengan bidang bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Setiap bahagian mempunyai sudut masing-masing.


BILIK SAL


Bilik ini dikelolakan oleh Cik Suriani Yusof. Bilik ini memberikan perkhidmatan LCD, 10 buah komputer dan bahan rujukan bidang kemanusiaan seperti sejarah, geografi dan Pendidikan Islam. Murid-murid boleh membuat latihan kendiri dalam bilik ini mengikut masa yang ditetapkan.

MAKMAL KOMPUTER






Penyelaras bilik ini ialah En. Mahazi Ibrahim. Dalam bilik ini menyediakan perkhidmatan komputer dan internet . Mata pelajaran ICT dijalankan di bilik ini. Jumlah komputer yang terdapat di bilik ini ialah 20 buah.

PUSAT AKSES (PUAS)




Bilik ini diselia oleh Encik Edward Apin. Bilik ini menempatkan 20 buah komputer. Ruang ini digunakan untuk mengakses maklumat melalui internet. Namun begitu penggunaan bilik ini belum secara optimum kerana proses penyelenggaraannya masih dalam proses.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to " "

Post a Comment