Aktiviti yang telah di jalankan

LAWATAN PENGAWAS PSS SMK LABUAN KE PSS SMK MUTIARA


Lawatan ini berlangsung pada 11 Mac 2010. Lawatan ini diketuai oleh En. Sapri Idris. Seramai 25 orang pengawas PSS yang terlibat dalam lawatan tersebut. Tayangan multimedia dan lawatan ke kawasan persekitaran sekolah dijalankan. Paling utama ialah meninjau keadaan pusat sumber sekolah ini. Bulletin bil. 1 2010 juga dikeluarkan pada tarikh ini untuk diberikan kepada pelawat sebagai tanda mata.


PROGRAM JANGKAU LUAR KAMPUS ASTRO
Program ini merupakan program yang dijalankan oleh pihak ASTRO. SMK Mutiara menjadi tempat mempromosi penggunaan Kampus Astro yang dibekalkan ke sekolah-sekolah. Banyak aktiviti yang dijalankan antaranya ialah menguji minda ala Matematik dan roda impian. Program ini dikendalikan oleh guru APD iaitu Pn. Fatimah Ambo Takka.



MINGGU PUSAT SUMBER SMK MUTIARA




Program ini merupakan program terbesar yang dijalankan oleh pihak pusat sumber. Pelaksanaannya bermula pada 10 Mei – 14 Mei 2010. banyak aktiviti yang dijalankan sempena Minggu tersebut. Majlis pelancarannya dijalankan pada 11 Mei 2010. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan fotografi aksi membaca, membuat buku skrap isu-isu semasa, kuiz matematik, pameran tokoh sukan, pameran sudut Geografi, pameran sudut Pendidikan Khas, pameran buku teks, pameran PSV dan PSK , teka muka surat buku, jualan dan pameran koleksi buku baru. Minggu ini dijalankan dengan kerjasama semua ketua panitia mata pelajaran. Lawatan juga dijalankan oleh kelas demi kelas mengikut jadual yang ditetapkan. Selain itu, dua orang pelajar diberi sijil Nilam Tahap gangsa iaitu Wanazmerul Awang dan Pakeis Fuadi.



PINJAMAN PUKAL BAHAN BACAAN



Dalam aktiviti ini, bahan bacaan dikumpul dan diberikan kepada satu kelas. Pelajar boleh meminjam buku tersebut sekiranya berminat. Hal ini dapat menggalakkan aktiviti NILAM dalam kalangan murid.
BENGKEL MEMPERKASA PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER
Bengkel ini dijalankan pada 23 Jun – 26 Jun 2010. Antara aktiviti yang dijalankan ialah proses teknik buku, menyelenggara bahan sumber di kantin sekolah membina blog dan memantapkan penyelenggaraan fizikal pusat sumber. Aktiviti ini dijalankan bersama dengan Guru Penyelaras Bestari (GPB)




KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR




Kursus ini dijalankan pada 16 – 17 April 2010. kursus ini melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya , ketua & penolong ketua kelas. Kursus ini melibatkan 279 orang pelajar. Kursus ini bertujuan menganjak kepimpinan pelajar khususnya dalam membantu pihak sekolah mengendalikan masalah disiplin di sekolah. Kursus ini dikelolakan oleh unit kaunseling dengan kerjasama pihak pusat sumber.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Aktiviti yang telah di jalankan"

Post a Comment